Monday, 11 August 2014

Beautiful life ... :-)



Beautiful life ..
Pada suatu hari, di sekolah seorang murid bertanya kepada gurunya.Ketika itu guru tersebut mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar :Cikgu?Macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang kita sayang?macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu :Okay,kamu ikut apa yang cikgu suruh.Kamu pergi ke padang ,kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu.Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali.Dah petik rumput yang paling cantik,bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai pun di tangannya.Cikgu bertanya  kenapa tiada rumput yang dipilih.

Pelajar :Tadi saya berjalan,saya carilah rumput yang paling cantik.Maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang sekali.Tapi,sampai dipenghujung padang saya tak jumpa pun rumput yang paling cantik.Mungkin ada di antara yang belakang saya tadi rumput yang paling cantik.Tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula.Jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik..

Cikgu :Ya.itulah jawapannya.Maknanya,apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu.Kita patut menghargai orang yang berada di depan kita.Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlalu tetap dah berlaku.Semoga yang berlaku tidak berulang lagi dan ingatlah orang yang paling kita sayang.Itulah yang paling cantik dan paling baik walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. . . ;-)



No comments:

Post a Comment